LAPORAN DIALOG REMAJA 'BERCINTA ATAU TIDAK'
 
 

Kebelakangan ini, semakin membimbangkan kes-kes hubungan seks sebelum perkhawinan. Kes sebegini semakin serius hingga melibatkan kanak-kanak berumur seawal 9 tahun! Bagi pengetahuan anda, selama 250 pergajian telah dilaksanakan, dan menurut pengaji-pengaji tersebut, sekurang-kurangnya 27% remaja sekarang melibatkan diri dalam hubungan seks sebelum perkhawinan. Memandangkan situasi yang begitu merisaukan ini, langkah-langkah yang sewajarnya telah diambilkan. Dengan ini, sebuah Dialog Belia telah dianjurkan.

Dialog ini merupakan salah satu daripada program-program remaja Kepimpinan Belia Antarabangsa (Youth Leadership International YLI ) yang dianjurkan oleh Datin Leela Vijay Kumar dan Cik Ong Eng Eng. Kebebasan para remaja bersuara dan bertukar-tukar pendapat tentang topik-topik pelik amat merangsangkan seperti: “Adakah sesuai untuk bercinta semasa bersekolah? Apa sebab phak perempuan yong berumur 13 asyik tidak menghirau saya (saya seorang lelaki yang kacak dalam Tingkatan Lima) walalupun kami telah berhubung setahun? Apakah keburukan melancap?” Para peserta bertukar pendapat dengan penuh semangat dan minat secara terus terang sehingga suasana penuh meriah dan jenaka. Yang mengkagumkan semua adalah kemampuan para belia dalam menawarkan sambil mengaitkan pendapat dan pandangan mereka yang matang, seimbang serta berobjektif, dengan contoh-contoh dan penyelidikan yang dibuktikan melalui majalah-majalah seperti ‘Times Magazine’ dan ‘Reader Digest’!

Melalui dialog tersebut,peserta-peserta dapat memikir dengan lebih matang dan mengetahui atau memahami perkara ini dengan lebih dalam dan jelas. Sekurang-kurangnya 50 orang peserta telah menyertai dialog ini, mereka berumur antara 15tahun dan 20 tahun. Dialog tersebut telah diadakan pada 28hb Dec 2005, iaitu hari Rabu,pada pukul 10.30am-1.30pm, di MPH Bookstores, One Utama, Petaling Jaya.

Dilapurkan oleh Teo Ken Yang
14 tahun

 
 
 
 
  <bgsound src="../photos/m1.mp3" loop="1">